Library News

Mau'zah : Muhasabah:Kemana Harus Ku bawa Diriku

6 Jamadilawal 1446H | 8 November 2024

Shah Alam – Dalam sesi muhasabah pagi ini, Ustazah Nur Ilmina Batrisyia Bahrim, Penolong Pendaftar di Bahagian Hal Ehwal Islam, telah menyampaikan kuliah bertajuk “Kemana Harus Ku Bawa Diriku”. Program tersebut menekankan pentingnya memperbaiki hubungan sesama manusia sebagai langkah terbaik untuk mengatasi konflik yang wujud dalam diri, keluarga, serta tempat kerja.

Mengambil contoh dari kehidupan Rasulullah SAW, yang juga menghadapi pelbagai ujian, Ustazah Ilmina menyoroti bagaimana pendekatan Baginda menjadi panduan untuk menyelesaikan pertikaian dan menjaga hubungan yang baik dengan semua pihak. Menurut beliau, keutamaan dalam mengurus konflik terletak pada kesediaan diri untuk muhasabah, memperbaiki kekurangan, dan mengukuhkan tali persaudaraan.

Kuliah ini memberi inspirasi kepada para peserta untuk terus muhasabah dan memperbaiki hubungan, menjadikan keutuhan antara sesama manusia sebagai landasan kedamaian jiwa.

 

Tags: ,

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian
 

Please publish modules in offcanvas position.