25 April 2024, Khamis - Unit Arkib Cawangan Sabah Kampus Kotakinabalu telah mengadakan lawatan dan sesi libat urus ke Bahagian Pengurusan Fasiliti yang diketuai oleh Encik Romi Rampun @ Ramlan dan disertai oleh Pustakawan, Pembantu Pustakawan dan Pembantu Pemuliharaan. Tujuan bagi aktiviti ini adalah memberi pendedahan dan juga memperkenalkan perkhidmatan perpustakaan yang disediakan kepada warga universiti. Di samping itu juga, aktiviti ini membincangkan tentang pengurusan rekod di Bahagaian Pengurusan Fasiliti.
Pada lawatan ini diselitkan juga Sesi Libat Urus Unit Arkib (UAC) bagi memberikan penerangan berkaitan Pengurusan Rekod, Arkib dan Galeri. Objektif bagi sesi libat urus ini adalah untuk memberi kesedaran kepada warga universiti tentang kepentingan pengurusan rekod dan arkib dalam memelihara khazanah Sejarah UiTM untuk rujukan masa hadapan. Selain itu juga, ianya untuk memberi pendedahan dan kefahaman tentang fungsi dan perkhidmatan Jabatan Arkib Universiti dalam pengurusan rekod dan arkib Universiti. Kunjungan hormat ini dihadiri seramai 25 orang staf BPF yang hadir dan 4 orang daripada PTAR UiTM Cawangan Sabah.